USTAZ AMIRUL..
cter ni besh kan??
tambah2 lagi dorg berlakon kat ijok,selangor..
HAHA ;D
tak sabar aku nak tgk episod akn datang..
kalu korg nak taw...
eira syazira mmg npk comey dalam cerita ni..
n asyraf muslim mmg macho time pakai bju sekolah ;D
sinopsis USTAZ AMIRUL..
Ustaz Amirul mengisahkan tentang
cabaran dan dugaan yang perlu diharungi
oleh seorang lelaki berusia 30 tahun
bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim)
yang baru tamat pengajian peringkat sarjana
dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir.
Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan
dan manipulasi budaya moden,
Ustaz Amirul akan diduga
keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah,
dalam melaksanakan niatnya untuk
memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya,
jika sekiranya dia tidak mempunyai
seorang calon isteri setiba dia di usia 30,
ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon
untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama,
keluarga Ustaz Amirul tahu,
kepulangannya itu sebenarnya untuk
mencari Adawiya (Eira Syazira),
punca sebenar mengapa sehingga kini
Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya.
Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya
sejak di sekolah menengah.
Apabila mereka tamat sekolah menengah,
mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan
namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain
buat anak lelakinya itu.
Setelah Ustaz Amirul mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir,
ayahnya mengharapkan segulung ijazah
sebelum melangsungkan perkahwinan.
Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya,
Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya
yang pada ketika itu begitu dalam
cintanya pada Ustaz Amirul.
Adawiya yang berasa kecewa serta merana,
membawa diri ke bandar
seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani.
Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan
sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO).
Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri
daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar,
dan ini membuatkan keluarga Adawiya
kecewa terhadap Ustaz Amirul.
Manakala di kampung,
Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat
menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan
apa sahaja untuk memiliki beliau,
termasuklah memfitnah Ustaz Amirul yang konon
cuba menodainya. Secara tidak langsung,
tuduhan Anita mampu menggugat prestasi
dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai
seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.
Setelah gagal mencari Adawiya,
Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir
dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha),
seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya.
Menjelang hari pertunangan,
segala persiapan telah tersedia rapi,
tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul
dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh
kepada amanah Allah,
mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya
sebagai seorang manusia yang
sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu..
p/s : SMILE.. HAHA ;D
No comments:
Post a Comment